Fouziah Ghous Nafi Dirinya Sombong

on Friday, 24 January 2014


SEJAK mendirikan rumahtangga dengan ahli perniagaan, Md Zhafran, cerita mengenai pelakon Fouziah Ghous dilihat agak kurang menghiasi dada akhbar dan juga portal hiburan.

Namun, secara tiba-tiba muncul pula khabar tidak enak mengenainya pada hujung minggu lalu apabila ada artikel dari sebuah akhbar tempatan menyifatkan dia sebagai sombong terutama kepada krew-krew produksi.

Kononnya, Fouziah berperangai begitu kerana sudah kehidupannya yang sudah semakin mewah kerana bersuamikan orang berada.

Hai, macam drama pulak! Tapi, jangan terlalu cepat membuat andaian ya.

Ini kerana melalui penjelasannya kepada Sinar Harian, Fouziah menafikan dakwaan itu.

“Saya sudah bertanyakan perkara ini kepada penulis itu dan dia telah memohon maaf kepada saya. Dengan hati terbuka, saya telah memaafkannya kerana saya tahu perkara tersebut sama sekali tidak benar. Mungkin ada kesilapan yang berlaku dan orang yang memberikan maklumat itu juga tersalah anggap tentang diri saya,” jelasnya.

Tambahnya lagi, dia tidak akan memperbesarkan isu itu demi hubungan baiknya dengan media.

“Dulu saya bujang, jadi keluarga sudah biasa dengan gosip dan cerita tentang saya. Mereka juga sangat mengenali diri saya yang sebenarnya.

“Tetapi sekarang saya sudah berkahwin dan mempunyai keluarga baru di sebelah suami saya, jadi perkara seumpama ini turut memberi kesan kepada mereka. Demi menjaga hati mereka, saya harap tidak timbul lagi cerita-cerita yang tidak berasas ini,” ujarnya.

Sabarlah Fouziah. Inilah yang dikatakan asam-garam kehidupan artis…
sumber: http://mrartis.blogspot.com/2014/01/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved