Minggu lalu, peminat industri hiburan tanah air disajikan dengan berita Yana sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya dan sudah bersedia untuk bergelar isteri.
Apa yang menjadi persoalan disini, adakah syarikat pengurusan MIG yang diterajui oleh David Teo akan menghalang Yana untuk berkahwin?
Yana bergaya di AJL28 baru-baru ini
Menurut laporan Kosmo!, Yana menjelaskan, David Teo tidak pernah menghalang dirinya untuk mendirikan rumah tangga. Malah, menurut Yana, David sentiasa mendoakan supaya dia cepat bertemu jodoh.
Kata Yana, syarat yang ditetapkan oleh syarikat pengurusan MIG bukanlah menjadi penyebab dirinya masih solo dan tidak berkahwin hingga kini.
Sebenarnya itu bukanlah menjadi penyebab utama saya masih lagi solo. Saya akui sudah bersedia menamatkan zaman bujang, namun belum berjumpa jodoh yang sesuai lagi.
sumber:http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment