Macam-macam kisah dunia hiburan. Kali ini terbaca dilaman hiburan Utusan Malaysia mengenai seorang pelakon yang katanya tak sempat habiskan pelajaran di sebuah universiti, namun mungkin malu beliau dikatakan mengaku telah memperolehi ijazah tersebut.
Kisahnya dia hanya sempat menghabiskan satu semester sahaja di universiti berkenaan. Namun apabila ditanya wartawan, dengan bangga dia memberitahu sudah menerima ijazah dalam bidang yang dimaksudkan. Soalnya mengapa perlu menipu sehingga begitu sekali?
Bagi Aida pencapaian pelajaran merupakan kejayaan yang perlu dibuktikan dengan sijil. Mungkin baginya tiada siapa yang akan menyelidik latar belakang pendidikannya. Tetapi itulah kesilapan terbesarnya kerana zaman sekarang semua juga mampu diperoleh di Internet.
Namun kisah pelakon ini tidak habis belajar diceritakan sendiri teman sekuliah yang mengenalinya ketika belajar bersama di universiti. Menurutnya dia terkejut apabila melihat kenyataan pelakon ini yang sudahpun menjalani acara konvokesyen pada bulan empat lalu. Katanya amat mustahil untuk pelakon itu menghabiskan pengajiannya sedangkan dia mengenali pelakon berkenaan.
Katanya kepada Aida, dia dan pelakon ini dahulu berada dalam satu kelas yang sama. Bagaimanapun bergelumang dalam dunia lakonan, pelakon ini mengambil keputusan untuk berhenti lebih awal daripada dunia pengajian.
Tidak mahu kalah agaknya dia lebih rela menipu daripada peminatnya tahu dia hanya belajar separuh jalan. Tidak mengapalah mungkin sudah terniat dia mahu menghabiskan pengajiannya dalam waktu terdekat. Bagi Aida tidak dapat ijazah bukan bermakna seseorang itu tidak pandai, malah tanpa ijazah juga tidak bermakna seseorang itu tidak berjaya.
Melihat kepada lakonannya kini Aida harus puji dia memang semakin bagus, malah mungkin dia tidak perlu risau lagi sebenarnya untuk mendedahkan hal sebenar. Bagi Aida peminat kini semakin bijak, tidak bermakna tanpa segulung ijazah bakat yang dimilikinya akan diabaikan peminat.
sumber:kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment