Fazura Bakal Mengantikan Tempat Neelofa

on Monday 6 January 2014


Baru-baru ini kedengaran desas-desus pelakon terkenal ditawar untuk menggantikan tempat Neelofa sebagai pengacara musim baru program Nona.
Selebriti itu adalah si jelita, Fazura. Khabarnya lamaran sudah dihulur produksi, tinggal hanya menanti jawapan daripada empunya diri sama ada bersetuju atau tidak.

Difahamkan, setakat ini belum ada maklum balas, barangkali Fazura perlukan lebih masa untuk pertimbangkan tawaran itu.

Maklumlah, bukan senang memikul tugas sebagai pengacara Nona. Cabarannya besar, malah menuntut komitmen masa yang tinggi.

Fazura merupakan calon pengganti sesuai kerana dia ikon fesyen dan punya pesona tersendiri. Lagipun, dia sudah biasa mengacara sebelum ini.
Dengan pengalaman yang ada, dia mampu menggalas tugas ini dengan baik.
sumber: http://braderpanas.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved