Atilia Tunda Kahwin Kerana Kematian Bekas Suami

on Wednesday, 29 January 2014

Atilia menunda perkahwinannya dengan teman lelaki pada tahun lalu kerana menghormati pemergian arwah suaminya.

Penyanyi Atilia Haron pernah menunda perancangan untuk berkahwin pada tahun lalu kerana kematian bekas suaminya, Allahyarham Ariff Johan Abdul Jalil, 47, pada 7 Ogos 2013 akibat penyakit kanser hati.

Atilia atau nama sebenarnya Raja Puteri Atilia Raja Haron, 40, berkata, keputusan itu dibuat kerana menghormati pemergian Ariff selain peristiwa itu meninggalkan kesan mendalam padanya.

"Saya pernah merancang untuk berkahwin selepas sambutan Hari Raya tahun lalu namun pemergian bekas suami sehari sebelum Aidilfitri telah menyebabkan ia ditangguhkan kerana menghormati kematian arwah.

"Hubungan saya dengan arwah sangat rapat walaupun kami telah bercerai dan selepas kematiannya ia amat meninggalkan kesan kepada saya dalam pelbagai sudut," katanya kepada mStar Online.

Atilia ditemui semasa pelancaran single terbaharu kumpulan Nico G di Khadijah's Kitchen di sini, Selasa.
Atilia mengakui sudah tiba masanya dia mengakhiri zaman solonya.

Dalam perkembangan sama, Atilia berkata, dia kini sudah bersedia untuk kembali berumah tangga dan berharap perancangan untuk berkahwin terlaksana pada tahun ini.

Jelas Atilia, pada usianya sekarang dia mula memikirkan tentang masa depan dan mahu menimang cahaya mata secepat mungkin.

"Saya sudah berusia 40 tahun dan perkahwinan adalah perkara yang saya fikirkan secara serius buat masa ini. Insya-Allah jika ada jodoh saya mahu berkahwin pada tahun ini," katanya yang mahu merahsiakan identiti teman lelakinya itu.

Tambah Atilia, dia mengakui cemburu apabila rakan-rakan seusianya sering bercakap mengenai kehidupan yang sibuk menguruskan keluarga dan anak-anak.
sumber: http://mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved