Apa Yang Menarik Pada Rantai Anggota Tentera ?

on Wednesday 22 January 2014


Tahu tak selepas tamat latihan ketenteraan di PUSASDA setiap rekrut akan mendapat rantai tentera ini. Apa yang menariknya rantai ini ?

Apa yang terdapat pada rantai ini ? Di rantai ini muka depannya tertera lambang Tentera Darat. Di muka belakangnya tertulis nama, nombor badan, agama dan jenis darah anggota tentera berkenaan.

Rantai ini amat penting kepada setiap anggota tentera kerana ia perlu dipakai semasa mengadakan operasi dan pada waktu-waktu tertentu. Kebiasaannya rekrut-rekrut baru akan memakai rantai ini. Sekiranya berlaku kejadian yang tak diingini, pada rantai berkenaan akan tahu butir-butir anggota tentera.

Jika biasa kita tengok movie peperangan atau mengenai ketenteraan akan ada anggota tentera yang memakai rantai ini.

Begitulah pentingnya rantai ini pada anggota tentera. Rasanya orang awam tak sesuai memakai rantai ini. Ada yang berminat nak pakai ker ?
sumber: http://ceritamayapersada.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved