Aiman Hakim Seorang Yang Romantik – Nur Fathia

on Friday, 3 January 2014

Sekali pandang, Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia sememangnya pasangan yang sama cantik dan sama padan. Walaupun khabar angin percintaan mereka sudah bertiup kencang bak taufan, sehingga ke hari ini Aiman dan Fathia masih menafikan wujudnya hubungan mesra antara mereka berdua. Kedua-duanya lebih selesa untuk berahsia dan enggan membuat pengakuan secara terbuka.
Malah Nur Fathia sebelum ini pernah memberitahu hanya akan mengakui perhubungannya dengan Aiman apabila jejaka tersebut menghantar rombongan masuk meminang. Satu langkah yang bagus . Iyerlah, kalau dah kecoh-kecoh bercinta, tup-tup putus di tengah jalan, mahu satu kampung malu. Namun begitu Fathia mengakui yang Aiman ada ciri-ciri lelaki idamannya. Kata Fathia:-
Sebelum ini ketika saya dan Aiman berlakon menerusi drama Mahabbah, di mana waktu itu dia masih lagi dengan bekas kekasihnya, saya dapat lihat kesetiaan dirinya selain bersikap mengambil berat.
Dia juga sering bercakap tentang kekasihnya pada kru produksi, dan sebab itu saya kata dia seorang lelaki yang setia. Dia juga mempunyai ciri-ciri lelaki idaman saya selain seorang yang romantik.
Saya rasa selesa dengan cara itu (tidak membuat pengakuan cinta). Apabila sesebuah perhubungan itu tidak menjadi, tak ada la orang nak kata buruk mengenai perhubungan cinta saya yang lepas. Pada masa sama, orang akan lebih tertumpu mengenai berita-berita kerja lakonan saya sahaja

Pasti peminat-peminat Aiman dan Fathia tidak sabar untuk mendengar pengakuan tentang percintaan mereka. Kenalah bertahan sehingga Aiman masuk meminang. Kalau Abang Nara jadi Aiman, hari ini jugak masuk merisik. Mana tahu kena sambar dengan lelaki lain. Hehehe. Tak gitu?
sumber:http://beautifulnara.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved