Sebelum ini nama pelakon, Faezah Elai jarang dikaitkan dengan sebarang kontroversi, sama ada daripada segi lakonan mahupun peribadi.
Namun begitu, menerusi laman sosial pelakon tersebut petang semalam, Faezah dilihat telah memuat naik sekeping foto yang menunjukkan luahan kecewanya terhadap segelintir pengikut laman sosial yang mendakwa dia sengaja ingin menunjukkan tubuh badannya yang langsing kepada umum.
Meneliti setiap bait kata-kata tersebut, pelakon filem Tanda Putera itu menjelaskan bahawa, dia tiada niat untuk melakukan perbuatan seperti yang didakwa dan tujuan utaman berkongsi foto-foto tersebut hanya untuk mempromosikan pakaian yang dipakainya pada ketika itu.
Perkongsian luahan hati pelakon wanita itu bagaimanapun menarik perhatian aktor kacak, Nazim Othman. Melalui perbualan mereka, Nazim turut prihatin dengan situasi yang berlaku kepada Faezah dan sempat bergurau dengan kata-kata berbunyi :
Tidak kisahlah, apa pun dakwaan negatif yang dilemparkan oleh peminat terhadap Faezah, tahniah kepada pelakon ini kerana telah berjaya mengembalikan bentuk badan yang ideal, selepas melahirkan puteri sulungnya, Dealova Heyrinna sekitar Februari lalu..
Sumber : Oh Bulan
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment