Moscow: Seorang remaja dilapor menjual daranya dengan harga sebanyak AS$30,000 (RM94,410). Gadis berusia 18 tahun itu yang hanya dikenali dengan nama gelarannya Shatunigha, mengiklankan jualan itu secara online, dengan menyifatkan dirinya sebagai ‘baru dan tidak pernah diguna.’
Berasal dari Siberia, dia mencadangkan pertemuan di sebuah hotel di Krasnoyarsk, tempat dia berharap menerima bayaran sebelum tidur dengan lelaki yang bersedia membayar lebih daripada harga minimum yang ditawarkannya.
Polis Russia berkata, mereka tidak akan menyiasat kes itu kerana pembeli berkenaan tidak melanggar undang-undang.
SHATUNIGHA menjual daranya dengan harga RM94,410.
“Saya perlukan wang dan kerana itu saya menjual barang paling berharga saya,” katanya dalam laman lelong. menurut akhbar The Siberian Times.
Dia juga menuntut supaya wang itu diberikan secara tunai. Lelaki yang didakwa membeli daranya ialah Eggeniy Volnov.
Bagaimanapun tidak ada butir lanjut mengenainya disiarkan.
Dia membayar lebih sedikit daripada harga yang ditetapkan remaja itu dan lelongan itu hanya berakhir satu hari saja.
“Tiada jenayah yang dilakukan. Ia juga tidak tergolong dalam kesalahan melacur,” kata seorang jurucakap polis.
Menurut laporan, remaja itu pernah menawar menjual daranya tahun lalu.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment