Perempuan Simpanan Serang Isteri Kekasih

on Friday, 29 November 2013


China – Majlis perkahwinan merupakan saat-saat manis yang mahu dikenang oleh pasangan pengantin.

Namun lain pula dengan satu majlis perkahwinan sepasang pengantin di Shenzhen.

Ketika pasangan suami itu menikmati detik-detik indah itu, tanpa disangka perempuan simpanan si suami telah menyerbu masuk ke dalam dewan tersebut.

Berlaku perang mulut antara kedua-dua wanita terbabit dan aksi mereka itu dirakamkan, dan kini tersebar luas di internet.

Dalam rakaman itu, dapat dilihat aksi pengantin perempuan yang menjerit-jerit marah kepada perempuan simpanan suaminya itu, sebelum mereka `bergusti’ di lantai.

Sekali sekala dia menolak suaminya yang terpaku kerana terkejut dan tidak mampu melakukan apa-apa.

Hanya pelayan majlis itu yang membantu meleraikan kedua-duanya, namun perang mulut berterusan.

“Kau yang tidak mahu gugurkan kandungan itu , sekarang kau datang sini membawa perut yang besar ini.

“Mana aku tahu itu anak siapa? Adakah kau cuba paksa kami belikan rumah untuk kau. Mana kami mampu,’’ itu antara jeritan pengantin tersebut kepada perempuan tersebut.

Selama tiga minit mereka bergaduh dan beberapa kali terpaksa ditenteramkan oleh orang ramai.

Kedua-dua wanita itu kemudiannya keletihan dan terduduk di atas lantai.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved