Kerenah Shila Amzah yang berlebihan dan meluahkan perasaan di laman sosial tatkala Johan Asari dan Lana bercinta telah membuatkan ayahnya ND Lala untuk menasihati anaknya.
Nd Lala merupakan penyanyi irama Malaysia dan pernah memenangi Juara Lagu kategori Irama Malaysia telah menasihati anaknya untuk hanya mengadu kepada Allah yang satu.
Mungkin jika sekali dua Shila meluahkan perasaan mungkin peminat boleh menerima dan bersimpati kepada beliau, tetapi jika lebih dari sepuluh status dan siap memuatnaik gambar ibu Johan itu sudah berlebihan dan boleh membuat peminat bosan. MungkinND Lala nampak perkara ini lantas menasihati anaknya yang sedang kesedihan itu.
Beberapa gambar dari akaun ND Lala telah menunjukkan sayangnya seorang ayah kepada anaknya itu, dan bernasib baik kerana walaupun Shila di perantauan, ibunya setia menemaninya di sana.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment