Pihak SSKM Administrative telah menerima laporan ringkas mengenai penahanan seorang warga Indonesia di salah sebuah pintu masuk Negara Sarawak.
Penahanan ini melibatkan pemilikan MyKad yang mencurigakan dengan maklumat di MyKad menyatakan bahawa "pemiliknya" adalah warga Negara Sabah tetapi apabila disiasat, "pemilik" MyKad tersebut memiliki Passport Indonesia dengan gambar yang serupa pada MyKad.
Untuk pengetahuan pembaca dan rakyat Sarawak serta Sabah secara keseluruhan, ini adalah INSIDEN KEDUA di pintu masuk negara Sarawak yang sama dan sebelum ini pihak admin menerima laporan secara VERBAL daripada seorang petugas di Pintu Masuk tersebut.
Ia melibatkan seorang warga PAKISTAN yang menggunakan IC Sabah dan menyatakan bahawa dia berasal daripada Sabah namun apabila disuruh menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Kebangsaan Sabah, warga pakistan tersebut tidak mampu melakukannya.
Antara maklumat yang diperolehi oleh pihak SSKM adalah segala dokumen yang dibawa oleh warga Pakistan tersebut adalah SAH dan penahanan tidak dapat dilakukan.Maka, untuk tindakan Warganegara Sabah dan Warganegara Sarawak sekalian, perkara seperti Projek IC serta pemalsuan IC dan MyKAd adalah suatu yang sangat merosakkan kedaulatan negara-negara kita.
Semoga lebih ramai yang akan melaporkan kepada pihak SSKM berkenaan perkara ini secara TERUS agar dapat didedahkan di SSKM .
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment