Jika kebanyakan pasangan suami isteri enggan mengetahui jantina anak yang dikandung oleh si isteri atas tujuan memberikan ‘surprise’, namun ianya berlainan buat pelakon Liyana Jasmay.
Ini kerana, menurutnya jika mengetahui jantina anak terlebih dahulu ia lebih memudahkannya untuk membeli keperluan bayi seperti pakaian serta menghias bilik bayi yang bakal dilahirkan.
“Selalunya, ramai yang lebih selesa tidak ambil tahu soal jantina bayi mereka lebih awal. Selalunya, ibu bapa mahu ia menjadi kejutan.
“Tapi bagi Nana, lebih senang tahu lebih awal sebab memudahkan untuk membuat persediaan seperti membeli pakaian dan hiasan bilik bayi kelak,” katanya memetik laporan Berita Harian, hari ini.
Liyana atau lebih mesra disapa Nana kini tinggal di rumah keluarganya di Kuala Lumpur dan suaminya, Fathudin Mazlan akan menjenguknya seminggu sekali kerana terikat dengan komitmen kerja di Sabah.
Sementara itu, Nana juga sempat berkongsi semenjak dirinya hamil, dia kini lebih gemar menjamah stik sebagai makanan hariannya.
Untuk makluman, pelakon genit ini mendirikan rumah tangga dengan suaminya, seorang ahli perniagaan pada 2 Februari lalu bertempat di Hotel Seri Pacific.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment