Dalam laporan Berita Harian hari ini, Johan As’ari mengakui beliau sudah memaklumkan kepada keluarga Shila Amzah tentang hasratnya mengambil Lana Nordin sebagai isteri dan mereka merestui keputusan beliau.
Dan kerana itu, tidak salah rasanya kalau Shila Amzah dikaitkan dengan kisah sensasi hari ini yang mana Johan As’ari telah melamar pelakon seksi dan kontroveri Lana Nordin untuk menjadi permaisuri hidupnya.
“Mereka memberi restu. Bagi saya, Shila gadis baik dan bersopan santun. Dia muda dan masih jauh perjalanannya. Shila sangat bertuah kerana ada keluarga yang sentiasa berada di belakang. Walau siapa pun jodohnya nanti, saya akan sentiasa doakan kebahagiannya,” jelas Johan As’ari.
Bagaimana pula dengan Shila Amzah? Menerusi akaun Twitter beberapa hari kebelakangan ini, Shila Amzah ada menulis beberapa bait ayat yang kami rasa relevan dengan kisah yang sedang berlaku. Atau mungkin tidak, siapa tahu ‘kan?
“Pilih. Jaga hati dan fikiran. Pilih yang terbaik. Jangan biar diri kecundang dek perasaan. Biar terus mara kedepan ikut kewarasan. Terkadang, yang kita fikir baik untuk kita. Cuma baik di luarannya saja. Ternyata apa yang dirancang oleh Tuhan itu penuh misterinya”
Itu antara bait bait ayat yang di’tulis Shila Amzah. Kebetulan?
Sumber : kezoom.blogspot.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment