Julia Perez Bakar Gaun Perkahwinan Yang Batal

on Friday, 29 November 2013

Melalui sumber yang disampaikan, difahamkan ini merupakan pembatalan kali kedua perkahwinan mereka, setelah kedua-duanya gagal berkahwin pada tahun lepas. Akibat terlalu kecewa dengan pembatalan terdahulu, Jupa nekad membakar gaun perkahwinan mereka.

Jupe mengaku majlis perkahwinannya bersama Gaston batal

Mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut, Jupe akui buat masa ini Gaston masih belum mengetahui berita pembatalan perkahwinan mereka dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu berkenaan.

Bagaimanapun, beberapa jam lepas Jupe sempat memuat naik status kecewa di laman sosialnya yang berbunyi :




Jupe ingin mencari pengganti Gaston?

Meskipun sedih dengan beritu tersebut, nampaknya Jupe masih lagi sempat bergurau dengan para pengikut laman sosialnya dengan mengatakan bahawa, pada mana-mana jejaka yang sudi bernikah dengannya, diminta agar menghantar resemu dengan segera.



Untuk makluman, majlis lamaran Jupe dan Gaston sepatutnya berlangung pada 30 November ini. Nampaknya segala perbelanjaan mewah yang telah disediakan oleh Jupe ternyata hanya sia-sia dan amat merugikan aktres penuh kontroversi itu.

Mungkinkah selepas ini Jupe akan membakar gaun pengantinnya buat kali kedua atau mereka akan kembali bersatu? Apa pun, kita nantikan sahaja kisah cinta penuh kontroversi mereka nanti ya.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved