Jalan Kaki Dari Kuantan Ke Shah Alam Tunai Nazar

on Thursday, 7 November 2013

Seorang peminat setia Tok Gajah bertekad berjalan kaki sejauh 280 kilometer dari bandar Kuantan ke Stadium Shah Alam untuk melunaskan nazar berikutan kejayaan skuad Pahang menjuarai Piala Malaysia musim ini.


Abdul Majid Abdul Hamid, 57 mula berjalan pada 6.45 petang dari Masjid Negeri, di sini semalam.

Pengawal keselamatan itu memberitahu, doanya makbul apabila pasukan kesayangannya itu menewaskan Kelantan, 1-0 di final.

“Saya bayar nazar kerana doa saya untuk melihat Tok Gajah merangkul Piala Malaysia dimakbulkan ALLAH SWT.

“Saya rela hati. Jadi saya bernazar memulakan perjalanan dari Masjid Negeri kerana di situ saya berdoa dan jadi kenyataan di Stadium Shah Alam,” katanya yang ditemui di Tol Gambang, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) , semalam.

Berbekalkan tunai RM60, dia membawa Jalur Gemilang, bendera Pahang, sehelai kain pelekat, dua jersi Pahang dan dua helai seluar sukan untuk kembara solonya itu.

“Saya jangka sampai ke Stadium Shah Alam pada 12 November ini," katanya.

Sumber : Sinar Harian
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved