Gambar Pesawat MASwings Terbabas Di Landasan Bario

on Thursday, 28 November 2013


MIRI: Sebuah pesawat Twin-Otter MASwings terbabas selepas mendarat di lapangan terbang kecil Bario pagi Rabu.


Kesemua 13 penumpang dan dua juruterbang penerbangan MH3434 itu dilapor selamat, manakala operasi penerbangan kembali seperti biasa selepas kejadian pada kira-kira 9.20 pagi itu.

Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Miri pada 8.30 pagi.

Eksekutif komunikasi korporat MASwings Rozanah Robert memberitahu Bernama: "Ketika bergerak di landasan menuju ke terminal, roda utama kanan pesawat terbabit terlajak ke kawasan lembut di hujung Landasan 11, sebelum pasukan kejuruteraan kami dihantar membuat pemeriksaan terhadap pesawat itu.

Roda utama kanan pesawat terbabit yang terlajak ke kawasan lembut di hujung Landasan 11.

 "Pesawat berkenaan tidak mengalami kerosakan serius."

Kejadian pada Rabu adalah yang kedua melibatkan pesawat serupa.

Pada 10 Oktober, pesawat penerbangan MH3002 MASwings dari Kota Kinabalu ke Kudat terhempas di atas sebuah rumah di Kampung Sinsan, Kudat pada 2.50 petang, menyebabkan seorang penumpang, Tan Ah Chai, 96, dan pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 23, terbunuh. - BERNAMA
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved