Che Ta Habiskan RM200,000 Untuk Majlis Perkahwinan

on Monday 11 November 2013

Bercakap kepada wartawan Berita Harian, Rozita Che Wan memberitahu yang beliau dan pasangannya Zain Saidin telah membelanjakan RM200,000 untuk barang hantaran sahaja, manakala jumlah barang yang dibeli untuk mereka berdua masing masing bernilai RM100,000.


Dfahamkan, mereka juga telah membayar jurugambar, Annas Eskay sebanyak RM20,000 untuk sesi fotografi pra perkahwinan sahaja dan kami kira akan ada bayaran lain untuk gambar majlis pernikahan, resepsi sebelah perempuan & lelaki dan Tuhan sahaja tahu apa majlis lagi.



Selain itu, Rozita Che Wan sendiri sudah terbang dua kali ke kota London untuk mencari barang hantaran perkahwinan dan pasangan ini turut memperuntukkan RM100 kos jamuan untuk setiap seorang tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan. Kami datang, for sure.

Rozita Che Wan turut memberitahu yang tujuan beliau mengirimkan gambar ketika di London dan Paris hanyalah sekadar berkongsi kegembiraan dan bukannya untuk menunjuk atau riak.

“Niat saya sekdar berkongsi kenangan saja di laman Instagram. Tak ada niat nak menunjuk nunjuk apatah lagi nak bersikap riak. Tetapi saya sudah biasa dengan sesetengah manusia termasuklah pengikut di laman Instagram yang berfikiran sempit atau sebaliknya,” ujarnya.



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved