Pernahkah anda melihat bunga mawar (ros) berwarna hitam? Bunga ini benar-benar ada di negara Turki, bunga mawar hitam tumbuh secara semulajadi di sana. Sayangnya, bunga unik ini hampir pupus.
Dalam banyak cerita dan mitos, bunga mawar hitam sering dikaitkan dengan ilmu hitam atau dunia vampire. Ada juga yang mengatakan bahawa bunga mawar hitam adalah simbol cinta mati. Bunga unik ini hanya ada di Halfeti, Turki.
Bunga mawar hitam banyak tumbuh subur di daerah Halfeti. Mengapa boleh ada mawar hitam di sana? Kerana daerah Halfeti mempunyai keadaan tanah yang jarang dan berbeza dengan kawasan lain. Iklim di sana juga dipengaruhi oleh sungai Efrat. Perpaduan inilah yang membuat mawar yang tumbuh di sana cenderung berwarna magenta tua atau ungu tua mendekati hitam.
Pigmen semulajadi itu bernama anthocyanin, iaitu kandungan warna semulajadi yang juga terdapat pada raspberi dan blueberry. Mawar-mawar hitam ini biasanya hanya mekar 2 kali dalam setahun selama 15 hari.
Malangnya, pembinaan empangan di Halfeti menjejaskan tanah. Jumlah mawar hitam yang tumbuh semakin sedikit dan hampir mengalami kepupusan. Pegawai-pegawai dan penduduk setempat masih berjuang mempertahankan bunga unik ini.
Bunga mawar hitam akan mekar dengan warna merah magenta gelap di musim bunga dan musim luruh, namun warna hitamnya akan pudar ketika musim panas. Kerajaan masih berusaha mempertahankan bunga ini sebagai daya tarikan pelancong di Halfeti.
Sumber : dairishare
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment