” Baju Ketat Bukannya Nampak Buah Dada Pun “ - Raja Ema

on Wednesday 13 November 2013


Nama Raja Ema bukan asing dalam industri hiburan, lebih-lebih dia kini sudah pun membuat kemunculan semula dalam bidang yang menjadi asam garamnya sejak dahulu lagi.

Terbaru, namanya dipalitkan kontroversi gara-gara pemakaiannya semasa menghadiri majlis pelancaran butik online milik pelakon Didie Alias.

Peminat mengkritik pakaiannya yang disifatkan terlalu ketat sehinggga menonjolkan bentuk buah dadanya.

Mengulas mengenai perkara itu, Raja Ema menerusi Harian Metro menjelaskan, 
“baju itu ok, tak ketat sangat pun. Bukannya saya tak pakai bra. Cuma garis bra saja yang nampak, tak adalah sampai nampak buah dada pun”.
Pelakon berusia 45 tahun itu juga mengakui kesilapannya dalam kerana gemar memberi pose bercekak pinggang sehinggakan dadanya kelihatan menonjol dalam imej yang diambil oleh jurugambar.
“Kebetulan pula material baju itu daripada getah sebab itu nampak garis bra saya. Kalau saya buat gaya lain, mungkin perkara ini tak jadi isu,” ulasnya lagi.
Mungkin Raja Ema perlu lebih berhati-hati selepas ini apabila menyarungkan pakaian di tubuhnya kalau tidak mahu perkara seperti ini berulang kembali.


Yang bagusnya, Raja Ema tidak berkecil hati dengan kritikan, cemuhan dan hinaan yang dilemparkan kepadanya. Tambah Raja Ema lagi:-
"Sebab saya taknak gaduh atau besarkan hal, saya rasa apa pun sebenarnya. Cuma malas nak layan orang begitu. Orang yang bijak takkan cakap begitu pada orang lain."
Siapalah kita nak hukum dan hentam orang lain dengan teruk. Yang penting jadi diri sendiri dan niat kena bersih dalam tindak tanduk kita.

Sumber : Harian Metro
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved