Ardi Hamza Bakal di Gantung Sampai Mati Jika Sabit Kesalahan

on Tuesday, 19 November 2013

Ardi Hamza, pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Subang Jaya, Norazita Abu Talib, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas dakwaan membunuh.


Lelaki warga Indonesia yang bernama La Ode Ardi Rasila itu, didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dia turut didakwa atas pertuduhan kedua di bawah Sekyen 30 Akta Senjata Api 1971 yang membawa hukuman gantung sampai mati walaupun orang yang ditembak tidak tercedera.

Tiada pengakuan direkodkan dari lelaki yang berasal dari Sulawesi itu. Dia juga tidak diwakili oleh peguam semasa dakwaan dilakukan.

Dalam kejadian pada pukul petang 23 Oktober itu, Norazita,37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu. Pihak polis akhirnya berjaya menangkap lelaki itu pada 11 November di Johor Bahru.

Sumber : kezoom.blogspot.com
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved