Oleh kerana warna kulit berbeza dan lebih cerah dari ibunya, JPN Perak didakwa enggan menyerahkan Mykad kepada anak perempuannya berusia 12 tahun.
Pihak JPN mempertikaikan genetik anak tunggalnya itu malah meminta anaknya menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan S Mahalachime anak kandungnya, dakwa V Kamlla, 60.
"Kali pertama saya berkunjung ke JPN Perak di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini bersama anak adalah dua bulan lalu.
"Ketika berurusan di situ, pegawai bertugas mendakwa wajah anak saya macam Cina.
“JPN kemudian setuju mengeluarkan MyKad kepada anak saya tetapi enggan mencacatkan perkataan 'anak perempuan’ (a/p). Kami tidak setuju cadangan itu," katanya dipetik Sinar Harian.
Kamlla yang berasal dari Taman Aman, Jelapang berkata,
Sijil kelahiran anaknya dirampas oleh pihak JPN dengan alasan satu inkuiri dan siasatan terperinci akan dilakukan, dakwa Kamalla lagi.
Dia kecewa status Mahalachime yang dilahirkan 9 Julai 2001 dipertikaikan sedangkan tertera anaknya dilahirkan di sebuah klinik diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia serta JPN di atas sijil kelahirannya.
Sumber : Sinar Harian
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment