Al Fatihah, Bapa Haliza Misbun Meninggal Dunia Ketika Tidur

on Tuesday, 5 November 2013

Misbun Kaimi, iaitu bapa kepada pelakon dan penerbit Haliza Misbun, diberitakan telah meninggal dunia ketika dalam tidur sewaktu berada di kediamannya di Pantai Hillpark, Bangsar awal pagi tadi.


Haliza ketika dihubungi berkata, ibunya mengetahui akan pemergian ayahnya itu sewaktu cuba mengejutkan suaminya untuk bangun menunaikan solat Subuh.

"Orang pertama yang tahu adalah ibu saya, sewaktu dia cuba mengejutkan ayah saya untuk menunaikan solat Subuh.

"Masa sebenar tidak dapat dipastikan kerana kali terakhir dia bangun adalah pada kira-kira pukul 3.30 pagi untuk membuat minuman, kerana itu memang rutin hariannya," jelasnya kepada wartawan hari ini.

Misbun yang berusia 67 tahun telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kerinchi di sini.

Turut hadir pada majlis pengebumian adalah seluruh ahli keluarga termasuk penyanyi popular, Awie Wings yang merupakan menantu dan suami kepada Rozana Misbun, adik kepada Haliza Misbun.

Sumber : kezoom.blogspot.com
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved