Pasti ramai yang rasa terkejut dan tidak menyangka bahawa pelakon, Johan As’ari bakal memilih Lana Nordin sebagai permaisuri hidupnya, sedangkan sebelum ini ramai yang tahu akan keakraban yang terjalin antara aktor tersebut dengan penyanyi, Shila Amzah kan?
Susulan berita yang amat mengejutkan itu, rata-rata pengikut laman sosial Shila telah memberi kata-kata positif buat penyanyi itu dan meminta agar dia tidak terus bersedih atas keputusan yang telah dibuat oleh Johan.
Selain itu, ada juga segelintir antara mereka menyatakan bahawa, daripada awal lagi, mereka memang tidak bersetuju jika Shila dan Johan bercinta kerana menganggap mereka bukanlah pasangan yang ideal.
Shila terima setiap keputusan dengan tenang
Oleh kerana terlalu banyak respon yang ditinggalkan di ruang komen Shila, penyanyi itu akhirnya meluahkan perasaan sedihnya bersama peminat tersayang. Menurut penyanyi itu, dia menerima segala ketentuan takdir dan percaya pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku.
Shila tak akan ulangi kesilapan yang lalu
Dalam masa yang sama, Shila turut menyatakan bahawa dia tidak akan mengulangi lagi perbuatan yang mengaibkan dirinya dan keluarga seperti sebelum ini.
Bagi penyanyi itu, zaman telah berubah dan kini dirinya lebih matang untuk menghadapi segala rencah kehidupan.
The silly side of me..bak kata @shilaamzah_photography ..hehe..well,parts and parcels of life..kita tetap kena jalan ke depan..tak kira seberapa berat pun kaki kita melangkah..(eh,mana ada org jalan backwards kan..macam org tak betul je..macam gila je..jgn macam macam je..haha) well..as i said before..hidup kita ada banyak cabang pilihan..ada banyak perhentian sebelum sampai ke destinasi..so..why bother?cmon people..chin up..and let it be:) Allah itu berkuasa..maha kuasa dari segalanya.. don’t worry guys..i ain’t that girl with white scarf and the guitar no more.. itu zaman kebangangan terlampau..hehe.. sorry for that bgw..hehe.. so..l ets fill our life with love.. no hatred.. no regrets.. i love you guys..always..from the bottom of my heart..i can never thank you enough#Shayang#Shilalas forever:)
Melalui perkongsian foto terbaru, Shila turut memberi kata-kata positif buat ibu Johan berbunyi :
Please be strong aunty sayang..we love you..no matter what:) Allah knows better..we are here for you.. *Hugs*balik nanti kita pergi jalan2..i promise..:*@firdausari
Meskipun sedih, nampaknya penyanyi ini masih lagi mampu bergurau dan tetap mendoakan yang terbaik buat Johan. Diharapkan semoga Shila terus berjaya dalam kerjayanya dan menemui insan yang lebih baik selepas ini.
Bagi semua peminat Shila, jom layan beberapa foto terbaru penyanyi tersebut sepanjang berada di Shanghai, China selepas ini :
Sumber: http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment