'Saya nikah 5 kali, bukan 5 isteri' - Salih Yaacob

on Saturday, 19 October 2013

 

Seremban: “Memang saya pernah berkahwin lima kali tetapi saya tidak pernah memiliki lima isteri dalam satu masa.

“Jangan menyebarkan fitnah kerana setiap tuduhan itu akan diminta atas tanggungjawabnya,” tegas pelawak tanah air, Salih Yaacob, 52 yang menjawab dakwaan dan desas-desus mengatakan dirinya kini memiliki lima isteri dalam satu masa. 

Salih yang dihubungi Harian Metro semalam berkata, dakwaan mengatakan dirinya miliki lima isteri tidak masuk akal kerana ia bertentangan ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Katanya, dirinya bukan bodoh untuk melakukan perkara yang karut tambahan pula menyalahi hukum-hukum Islam. 

“Islam membenarkan umatnya menguruskan hanya empat isteri bukan lima. Tetapi kalau berkahwin lima kali dan memiliki empat isteri tidak mengapa,” katanya. 

Kata Salih, dakwaan berkenaan adalah fitnah semata-mata dan tidak elok untuk disebarkan tanpa bukti. 

“Jika benar dakwaan mengatakan saya memiliki lima isteri, saya mohon tampil dan kemukakan bukti terbabit,” katanya. 

Menurutnya, pada 1993 dia pernah bercerai bersama isteri pertama sebelum berkahwin bersama empat isterinya kini. Empat isterinya adalah Norliza Mamat, 50, Noraha Hamat, 44, Nor Farawahida Sulaiman, 35 dan Emi, 26.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved