Bangunan Bebas Kuman Di China

on Sunday, 20 October 2013

Ia mungkin kelihatan seperti sebuah istana gergasi berbentuk aneh, tetapi ia sebenarnya adalah blok pejabat paling bersih kerana bebas daripada kuman.


Dipetik DailyMail, rekaan pelik digelar Bubble Building itu adalah hasil idea kreatif studio 3GATTI yang sebelum ini pernah mencipta bangunan berbentuk payung dan menara telekomunikasi yang dilitupi rumput.

Bahagian luar pejabat yang terletak di tengah-tengah bandar Shanghai itu juga akan dilengkapi nilon antibakteria yang boleh mengembung.

Menurut 3GATTI, pembinaan struktur unik itu juga berfungsi untuk menghapuskan kuman di sekeliling premis tersebut.



“Bentuk gelembung di luar bangunan direka untuk bergerak mengikut arah tiupan angin. Bahagian luar pula dinaikkan sepenuhnya ketika waktu bekerja bagi memastikan pengudaraan lebih baik, namun ia akan ditutup pada waktu malam,” jelas jurucakap 3GATTI itu lagi.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved