Gambar Kebakaran Flat PKNS Kerinchi

on Thursday, 31 October 2013

 

SHAH ALAM - Flat PKNS Kampung Kerinchi dilaporkan terbakar sekitar jam 4.40 petang tadi.

Pihak bomba dikatakan sedang berusaha memadam kebakaran di tingkat paling atas flat 17 tingkat itu.

Berita itu turut disahkan Ahli Palimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di laman Instagram miliknya.

"Flat PKNS 17 tingkat alami kebakaran. Makluman untuk penghuni dan penduduk setempat. Innalillah," tulisnya.




Dalam satu laporan di sebuah laman portal menyebut, kebakaran tersebut memusnahkan kira-kira enam unit rumah.

Sumber : Sinar Harian.

Zain Saidin & Che Ta Digosip Akan Nikah 11.12.13

 

Pelakon Zain Saidin menolak desas-desus kononnya dia dan aktres Rozita Che Wan bakal bernikah pada 11 Disember depan mengambil angka 11.12.13.

Zain, 29, berkata, dia dan Rozita akan mengadakan sebuah sidang media khas bagi mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada pertengahan bulan hadapan selepas dia kembali dari Amerika Syarikat kerana menjalani penggambaran.

"Saya tidak pernah memberitahu kepada sesiapa untuk bernikah pada tarikh tersebut dan itu hanyalah andaian daripada pihak lain dan bukannya datang dari mulut saya atau pun Rozita.

"Bagaimanapun persoalan itu akan terjawab pada satu sidang media khas untuk mengumumkan perkara itu sekembalinya saya daripada Amerika Syarikat pada pertengahan bulan hadapan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Akhbar melaporkan pasangan itu dipercayai memilih tarikh tersebut kerana ia mempunyai turutan angka yang menarik dan sumber turut mengesahkan mengenai perkara berkenaan.

Dalam pada itu, Zain tidak menafikan tarikh berkenaan istimewa dan menjadi pilihan banyak pasangan pengantin untuk melangsungkan perkahwinan.

Gambar majlis merisik Zain dan Rozita yang diadakan di Carcosa Seri Negara pada 29 September lalu. Foto Ihsan AnnasEaskey Photography.

"Ia adalah tarikh popular dan saya agak bimbang sekiranya kami memilih tarikh itu ia akan bertembung dengan banyak majlis lain yang mungkin akan menimbulkan masalah.

"Apa-apa pun masih belum ada keputusan muktamad mengenai tarikh kahwin kami dan ia akan dijelaskan pada sidang media itu nanti," ujarnya.

Pada 29 September lalu, keluarga Zain merisik Rozita dalam satu majlis tertutup di Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.

Sementara itu, mengulas mengenai kekasihnya mengadakan sesi bergambar pra-perkahwinan di London baru-baru ini, Zain berkata, dia tidak dapat menyertai Rozita kerana sedang menjalani penggambaran Fear Factor di Cape Town, Afrika Selatan.

"Rozita ke sana bersama ahli keluarga yang lain dan dia ke sana bukan semata-mata untuk mengambil gambar pra-perkahwinan tetapi menguruskan beberapa perkara lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zain berkata, dia bakal berangkat ke Amerika pada Jumaat (esok) untuk menjalani penggambaran telefilem Oh! My English. 

Sumber : mStar

Lady Gaga Bogel Buat Persembahan Di GAY CLUB


Lady Gaga meneruskan imej persis wanita mental yang sering ditunjukkannya kepada umum apabila beraksi ala kena rasuk ketika mengadakan persembahan di kelab G-A-Y, London, minggu lalu.

Aksi itu dipertontonkannya ketika mendendangkan single terbarunya berjudul Venus yang baru dilancarkan Isnin lalu.

Tidak cukup dengan itu, Gaga membuat kejutan lain apabila menanggalkan gaun putih yang dikenakannya usai persembahan lalu bertelanjang bulat meninggalkan pentas.

Aksi itu menghangatkan suasaan dengan ramai penonton mula mengeluarkan telefon bimbit, merakam aksinya lalu berkongsi gambar dan video di laman sosial masing-masing.

Salah seorangnya bintang ‘Little Britain’, Matt Lucas yang mengakui Gaga telah berjaya mengejutkan penonton pada malam tersebut. Bagaimanapun sambungnya, kesemua mereka masih tetap ‘gay’.




Lukisan Paling Mahal Di Dunia – RM130 Juta!

Lazimnya, lukisan yang dilukis dengan menarik dan mempunyai nilai abstrak yang tinggi akan dijual pada harga yang tinggi. Namun, siapa sangka denganlukisan yang hanya dilukis dengan cara yang paling senang dan ‘simple’ ini, di mana ia akan dijual padaharga setinggi USD$44 juta. Nak tahu apa yang menariknya pasal lukisan tu, mari tengok di bawah ni.


Walaupun tanggapan seni itu terletak pada pandangan penonton, namun “seni” pada lukisan ini betul-betul gila! Tiada siapa yang dapat menyangka bahawa lukisan pada kanvas biru dengan satu garisan putih ini mampu dijual pada harga yang tinggi. Malah, lukisan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan keadaan mata yang tertutup.
Lukisan yang dinamakan “Onement VI” yang dilukis oleh seorang pelukis ekspresionis abstrak, Barnett Newman telah dijual pada Selasa lalu di pusat lelongan Sotheby dengan nilai USD$43.8 juta.
Lukisan yang dilukis di atas kanvas berukuran 8.5 kaki x 10 kaki ini telah dilukis oleh Newman pada tahun 1953. Hingga semalam, lukisan Newman sebelum ini iaitu “Onement V” telah memegang rekod dengan nilai USD$22.4 juta pada tahun lepas. Sekiranya Newman masih hidup, kemungkinan besar karya lukisannya boleh mencecah nilai jualan sebanyak USD$50 juta.



Alhamdulillah, Datuk Rahim Razali Selamat Jalani Pembedahan Otak

Datuk Rahim Razali, 71, selamat menjalani pembedahan bagi membuang pendarahan dalam otaknya kira-kira pukul 8 pagi Khamis di Pusat Perubatan Sunway.


Menurut kata anak kepada seniman itu, Nadia Rahim, 41, pembedahan tersebut dijalankan selama sejam lebih dan bapanya kini ditempatkan di High Dependency Unit (HDU) iaitu tempat pesakit kritikal yang memerlukan pemerhatian selepas menjalani pembedahan.

"Alhamdulillah, ayah telah selamat menjalani pembedahan dan ia mengambil proses selama sejam lebih. Dia kini ditempatkan di HDU.

"Bagaimanapun saya dalam perjalanan ke hospital untuk melawatnya tetapi emak ada menemani dia di sana," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Rahim dimasukkan ke Pusat Perubatan Sunway di sini pada Ahad lalu selepas mengalami sakit kepala ketika menjalani penggambaran rancangan sukan terbitan Astro Arena di Kuantan, Pahang sehingga terpaksa di bawa pulang ke Kuala Lumpur.

Selepas dihantar ke pusat perubatan itu oleh keluarga, pihak hospital terpaksa menahan Rahim apabila ujian sinar X mendapati terdapat kesan darah pada otaknya dikenali sebagai subdural hemorrhage) yang perlu dibedah segera.

Peragawati era 90-an, Heidi Hamid meninggal akibat barah



Peragawati terkenal lewat 90-an, Heidi Hamid, 40, dilaporkan telah meninggal dunia akibat penyakit barah.

Beliau yang menetap di Denmark dikatakan telah menghembuskan nafas terakhirnya di sana hari Khamis.

Beberapa rakan dan personaliti yang mengenalinya turut merakamkan ucapan takziah di laman sosial Twitter.
Rest in Peace , Heidi Hamid. You were one of the most beautiful faces I remember.— Dona Ahmad (@twtupdona) October 31, 2013

Such shocking news. Rest in Peace Heidi... May your beautiful soul rest in eternal peace. Al Fatihah. :(— Daphne Iking (@DaphCLPT) October 31, 2013

unexpected: Heidi Hamid passed away..insaf!— Zooeydeschanelramlee (@moxesramlee) October 31, 2013
Rakan seperjuangan Heidi, model Betty Anne yang juga merupakan rakan baiknya menyatakan rasa terkejut apabila mengetahui berita tersebut.

"Sepanjang mengenali Heidi, dia seorang yang baik hati dan tidak banyak bercakap.

"Kami kenal ketika sama-sama membuat peragaan untuk Avon dulu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Heidi atau nama sebenarnya Heidi Sode Hamid pernah menjadi jurucakap pusat perlangsingan Mayfair Bodyline.

Beliau juga pernah memenangi gelaran Miss Malaysia Wonderland pada tahun 1990.
Astro Awani

Gambar Stella, Bayi Cheryl Samad

Dalam sibuk para selebriti melangsungkan majlis pernikahan dan resepsi, tak sangka pula pengacara Cheryl Samad telahpun selamat melahirkan anak sulungnya sekitar 18 Oktober lalu.


Di beri nama Stella...jom lihat sekeping gambar bayi yang dimuat naik Cheryl sendiri menerusi laman Instagram beliau....Cheryl Samad telah pun berkahwin dengan Ng Ping Ho pada 30 April 2011. Tahniah diucapkan.
"Meet our little girl, Stella.We've been waiting for her for a long time.She finally arrived on Friday the 18th of October. We feel very blessed."





Sumber : kezoom.blogspot

Tayar Tanpa Angin Rekaan Syarikat Hankook


Pengeluar tayar terkenal dari Korea Selatan, Hankook, bakal menghasilkan tayar kereta canggih tanpa angin menjelang awal 2014. Tayar ini dikenali dengan nama i-Flex. Selain tidak memerlukan angin sama sekali, tayar ini juga tidak memerlukan rim kerana ianya sudah terintegrasi di dalam tayar.

Tayar yang bersifat non-pneumatik ini dibuat dari bahan polyurethane sintetis dengan diproduksi dalam satu bahagian bersama rim, sangat canggih dan praktis. Tayar ini adalah jauh lebih ringan daripada tayar biasa dan dapat menurunkan penggunaan serta pengeluaran bahan bakar dibandingkan dengan tayar konvensional, dengan sisi keamanan kenderaan yang juga dikatakan meningkat.








Ada sebab ceraikan isteri selepas 3 jam nikah ?


"Saya ceraikan isteri dalam keadaan waras." - kata Azhar bekas suami Sasha.

Demikian pengakuan bekas suami wanita yang dijatuhkan talak tiga hanya selepas tiga jam mereka melangsungkan majlis pernikahan di sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini pada Ahad lalu.

Pemuda yang mahu dikenali sebagai Azhar, 19, memberitahu, dia tidak melafazkan cerai ke atas isterinya itu atas faktor emosi sebaliknya berbuat demikian dalam keadaan sedar.

Azhar mendakwa, dia mempunyai sebab-sebab tertentu yang enggan dikongsi dengan pihak luar kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.

Sehubungan itu azhar menohom semua pihak memberi ruang kepadanya untuk menenangkan fikiran sebelum meyelesaikan kes penceraian di Mahkamah terlebih dahulu .

Katanya lagi " Biar lah mereka nak kata apa yang pasti saya hormat ibu bapa , segala keputusan di buat oleh ibu dan bapa , saya tidak mahu memeberi penjelasan di khuatiri memanjangkan permasalahan tersebut .

Dia kini berada di dalam keadaan tertekan lebih-lebih lagi kisah pernikahan dan penceraian menarik perhatian masyarakat - katanya .

Wanita yang malang itu mendakwa dia turut di tendang dua kali di bahagian belakang badan oleh bekas suami nya selepas meminta penjelasan mengapa dia di perlakukan sebgitu . 

Kita mengharapkan kes ini dapat diselesaikan sebaik mungkin supaya tidak mengaibkan kedua-dua belah pihak , mungkin sudah tiada jodoh antara mereka berdua .

Landasan paling curam

Pilatus keretapi (Pilatusbahn) adalah landasan keretapi paling curam di dunia dengan kecerunan maksimum 48%. Ia terletak di Obwalden, Switzerland.

Tetap Pilih Jejaka Mat Salleh Sebagai Pengganti



Pelakon dan penyanyi Maya Karin mengakui hatinya kini sudah dimiliki seseorang. Lelaki bertuah yang berjaya menambat hatinya itu adalah seorangjejaka kulit putih atau mat saleh.

Nampaknya kegagalan rumah tangga terdahulu tidak membuatkannya serik untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki dari bangsa tersebut.

Namun, Maya masih belum bersedia mendedahkan identiti teman lelakinya kepada umum.

“Setakat ini hubungan kami berjalan lancar dan dia sentiasa memberi sokongan kepada kerjaya saya,” katanya yang dipetik menerusi Sinar Harian.

Selebriti berusia 34 tahun ini juga tidak akan merahsiakan perkahwinannya sekiranya jodohnya sudah sampai kelak.

Cincin Mesej Tersembunyi Oleh Jungyun Yoon

Beberapa tahun lalu,penyanyi Korea pernah menulis lagu mengenai tanda selaran matahari yang beliau dapati di jarinya selepas dia berpisah dengan teman wanitanya dan membuang cincin yang dia telah pakai untuk jangka masa yang panjang. Ini adalah cerita yang diilhamkan Jungyun Yoon untuk membuat cincin ini dengan huruf tersembunyi di bahagian dalam. Harga bermula dari $ 120 hingga $ 780 di yoonjungyun.com








Sumber: http://www.ampico.blogspot.com/

Lana Nordin Lahar Peminat Di Instagram Kerana Tegur Pakaian Seksi

on Wednesday, 30 October 2013

Sukar juga menjadi selebriti ini agaknya ya. Terutamanya dalam era di media sosial dimana selebriti/artis boleh berinteraksi secara langsung dengan peminat. Sudah pasti ada yang memuja dan tidak kurang yang mengeji. Kalau penampilan kena dengan citarasa masyarakat pasti tidak ada masalah, tetapi jika seksi sedikit sudah pasti ada individu yang sudi meluangkan masa lapang untuk menegur.


Tetapi bergantung kepada selebriti, ada yang buat endah tak endah dengan teguran. Pasti juga ada yang tersentap bila ditegur. Maklumlah, walaupun rambut sama hitam atau blonde, hati lain-lain.

Begitulah yang boleh dikatakan tentang pelakon seksi Lana Nodin. Beberapa jam lepas pelakon ini telah memuat naik interaksi antara dirinya dengan peminat yang menegurnya kerana berpakaian seksi.





Sekiranya hendak melihat dengan lebih jelas interaksi tersebut, sila klik gambar dia atas. Lana telah menulis:-

lananodin11 hours ago
Ni lagi sorang umat mulut tak de insurans, rasa diri lebih bagus dari org lain…meh aku cabar ko@alamache ko dtg casting mane2 aku nak tgk ko berlakon pulak mengata org tak ke mane aku berlakon kan…meh ramai2 pulak tgk ko berlakon…tengok hebat mane pulak bakat ko sampai mengata org lain sebab rasa diri sendiri lagi bagus.

Atau mungkin Lana sentap kerana dia dikatakan ‘berlakon tidak ke mana’ oleh peminat tersebut walaupun berpakaian seksi. Lana memberitahu yang dia terpilih dalam antara lima aktres yang bertanding bagi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia untuk tahun ini, bermakna baginya apa yang dikatakan peminat itu tidak berasas.

Tidak dinafikan Lana juga mempunyai bakat berlakon. Namun patutkah Lana menyelar peminat itu? Atau memang patut sekali dia menyelar, kerana sepatutnya hanya pelakon berjaya saja yang boleh menegur Lana, kalau tidak, jangan sekali-kali menegur dirinya? Apa pendapat anda?

Sumber : beautifulnara

Aril AF Bakal Bernikah?


Difahamkan Aril telah pun bertunang dengan seorang wanita dan mereka dikatakan sedang merancang untuk mengadakan majlis pernikahan dalam masa terdekat.

Menurut sumber-sumber terdekat, wanita tersebut dipercayai berasal dari Kelantan dan bekerja sebagai seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan luar negara.


Setakat ini, masih belum ada berita rasmi dari pihak Aril. Namun apa yang pasti, melalui beberapa foto berikut, mereka kelihatan sangat mesra dan boleh dikatakan sebagai pasangan yang memang sedang hangat bercinta.

Mungkin ini kad kahwin Aril ?

Wanita tersebut turut dilihat sedang mencuba sepasang gaun pengantin berwarna putih dan berkemungkinan besar, busana tersebut akan digayakan oleh wanita tersebut sewaktu hari pernikahan mereka nanti.









Sumber : Ohbulan
 
© INFO SANTAI All Rights Reserved