Zed Zaidi Sahkan Bertanding Kerusi Exco Pemuda UMNO Malaysia

on Saturday 14 September 2013


Desas-desus mengenai khabar yang mengatakan Presiden Seniman, Zed Zaidi bakal merebut jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia terjawab apabila dia mengesahkan akan bertanding pada pemilihan akan datang.

Zed memberitahu kepada MH Online menerusi aplikasi WeChat dengan mengatakan;

"Ya, saya 'confirm' akan bertanding. Pada 14 September ini saya akan mengambil borang pemilihan di pejabat Pemuda UMNO di PWTC, 21 September pula tarikh penamaan calon dan 12 Oktober adalah pemilihan Pemuda di seluruh negara yang dilakukan secara serentak," jelas Zed.

Penglibatan Zed itu juga merupakan penglibatan pertama artis di Malaysia bagi merebut jawatan di dalam parti tersebut. 

Tahniah MH Online ucapkan semoga Zed berjaya dan dapat membela nasib artis tanah air sekiranya terpilih kelak.






Sumber : media hiburan online

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved