Wanita Hamil Kena Tembak

on Saturday 21 September 2013

Seorang ibu yang hamil empat bulan tidak menyedari kecederaan pada kaki kirinya akibat ditembusi peluru tembakan orang tidak dikenali ketika tidur di rumahnya di Kampung Seberang Sungai Ular, di sini, tengah malam kelmarin.


“Saya hanya dengar bunyi mercun kemudian suara wanita menjerit. Tak sangka pula kejadian berlaku di rumah ibu mertua saya,” kata kakak ipar wanita yang menjadi mangsa tembak di Kampung Sungai Ular dekat sini, malam kelmarin.

Rohani Ismail, 48 berkata, dia masuk tidur kira-kira jam 12.30 pagi tetapi ada terdengar bunyi seperti tembakan dan menyambung semula tidurnya tanpa melihat ke luar rumah.

Menurutnya, pada paginya dia dimaklumkan mertua, adik iparnya yang hamil empat bulan anak kelima sudah di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas mengalami kecederaan pada tapak kaki.

Bagaimanapun, katanya, mereka sekeluarga tidak mengetahui punca kecederaan itu sama ada ditembak tetapi menyerahkan kepada polis untuk siasatan.

“Keadaan adik ipar saya kini stabil, boleh makan dan minum dan kandungannya juga tidak terjejas,” katanya ketika ditemui di perkarangan HTAA di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Aziz Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati mangsa, seorang tukang cuci berusia 37 tahun itu dipercayai ditembak dengan senjata api, awal pagi kelmarin.



Katanya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 malam ketika mangsa sedang nyenyak tidur bersama anak lelakinya berusia sembilan tahun manakala tiga lagi anaknya tidur di bilik berasingan.
“Ketika kejadian, suami mangsa tidak ada di rumah,” katanya.

Katanya, kira-kira jam 2 pagi, pegawai perubatan mengesahkan tapak kaki kiri mangsa cedera akibat ditembak senjata api.

“Susulan itu satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

“Siasatan awal di rumah mangsa dan menemui percikan serbuk belerang timah dipercayai kesan tembakan itu,” katanya.

Menurutnya, polis turut menemui satu lubang menembusi dinding papan bawah tingkap di bilik mangsa.

“Mangsa kini masih trauma. Polis masih lagi menyiasat motif kejadian sama ada cubaan membunuh atau samun dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : kezoom.blogspot.com
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved