Syazwan Zulkifli Nafi Mabuk Sewaktu Kemalangan

on Saturday 14 September 2013



Ahad lalu pelakon berbakat Nabila Huda dan anaknya, Keisha difahamkan telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan pelakon tersebut cedera tulang belakang dan anaknya mengalami keretakan di bahagian tangan kiri.

Berikutan insiden tersebut, ada sesetengah pihak telah membuat spekulasi kononnya pemandu kenderaan tersebut yang juga pelakon filem Juvana, Syazwan Zulkifli didakwa mabuk sewaktu memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

Namun begitu, Syazwan telah tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa dia lebih risau akan keselamatan kedua-dua penumpangnya berbanding diri sendiri.

Secara logik, takkanlah saya mabuk pada siang hari apatah lagi saya membawa nyawa orang dalam kereta.

Saya sangat kecewa dan marah dengan tuduhan yang sedemikian. Perkara mahu terjadi, tiada siapa yang minta diri mereka terbabit dalam kemalangan.

Mereka tidak tahu apa yang terjadi tapi sibuk memberi pelbagai komen. Jika mahu tahu, kereta saya kini berada di Mentakab, Pahang dan saya belum lagi buat apa-apa tentangnya kerana saya masih risaukan Nabila dan Keisha.

Menurut laporan berlainan, Syazwan turut akui buat masa ini dia masih belum berpeluang bertemu dengan bekas suami Nabila Huda, Eddie bagi memohon maaf atas apa yang telah berlaku.

Setakat ini, saya belum berdepan atau menghubunginya untuk minta maaf. Saya cuma sempat memohon maaf kepadanya menerusi Twitter.

InsyaAllah apabila keadaan sudah reda, saya akan mengajak Nabila berjumpa dengan keluarganya untuk memohon maaf secara peribadi. Saya berasa bertanggungjawab dan masih dirundung rasa bersalah berikutan kemalangan itu.


SUMBER : ohbulan.com

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved