Rozita Che Wan & Zain Tetap Pilih Disember Untuk Berkahwin

on Thursday 12 September 2013


SELAGI belum mendirikan rumahtangga, selagi itulah agaknya pasangan kekasih Rozita Che Wan atau Che Ta dan Zain Saidin akan terus diburu dengan soalan berkaitan dengan arah tuju hubungan mereka.

Terbaru, melalui Berita Harian, Che Ta mengaku bahawa beliau sendiri sudah pening menjawab soalan pelbagai soalan berbaur peribadi.

Antara dakwaan yang pernah timbul ialah kononnya Che Ta dan Zain hanya berpura-pura mempunyai hubungan istimewa bagi menutup segala cerita kurang enak termasuk gosip mengaitkannya dengan lelaki berkedudukan.

Jelas Che Ta kepada akhbar itu, beliau dan Zain akan tetap meneruskan perkahwinan mereka sekitar bulan Disember ini di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Namun, mereka masih belum mendapat tarikh yang sesuai lantaran masih menunggu jawapan dari dewan yang ditempah.

Ujar pelakon wanita itu lagi, beliau berhasrat untuk membeli barang hantaran di London memandangkan di sana harganya lebih murah pada Oktober nanti.

Jangan risau Che Ta. Pasti ramai peminat yang akan mendoakan kebahagian anda dan semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik nanti.


Sumber: http://mynewshub.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved