Puteri Sarah Nekad Berhenti Berlakon

on Monday, 2 September 2013


Pelakon yang semakin manis berhijab, Puteri Sarah Liyana bertekad akan terus berhenti daripada arena seni lakon selepas ini.

Ini berikutan selaras dengan perubahan imejnya yang sudah berhijab serta mahu mengelakkan adegan berpegangan tangan dengan bukan mahram.

Namun, dia tidak meninggalkan terus dunia seni apabila akan tampil mengacara program mengenai fesyen muslimah di TV2.



Menerusi Berita Harian, Puteri Sarah berkata, "saya sudah dapat kerja di Butik Eiliya dan akan mula bekerja mulai Oktober ini, dapat juga saya manfaatkan apa yang dipelajari selama lima tahun dulu biarpun bidang diambil dulu berkaitan pengurusan hospitaliti dan pelancongan tidak seiring dengan tawaran kerja ini".

Selamat maju jaya diucapkan buat Puteri Sarah, semoga penghijrahannya ini akan terus melenyapkan segala kisah-kisah kontroversinya sebelum ini.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved