PELAKON Priyanka Chopra telah dinamakan sebagai selebriti yang paling ‘berbahaya’ kerana menjadi mangsa jenayah siber dalam talian menerusi satu kajian yang dijalankan oleh sistem keselamatan siber di India.
Priyanka menggantikan bintang lucah Sunny Leone yang sebelum ini menduduki tempat teratas sebagai selebriti berbahaya.
Priyanka menggantikan bintang lucah Sunny Leone yang sebelum ini menduduki tempat teratas sebagai selebriti berbahaya.
Menurut kaji selidik tersebut, penjenayah siber menggunakan selebriti untuk menyamar bagi mengambil kesempatan terhadap peminat mereka.
Di negara seperti India, peminat lebih cenderung untuk menjadi mangsa jenayah siber.
Pelakon Shah Rukh KhanSalman Khan menduduki tempat kedua dan ketiga dalam senarai selebriti paling berbahaya di negara berkenaan.
10 selebriti berbahaya dalam talian adalah:
- Priyanka Chopra
- Shah Rukh Khan
- Salman Khan
- Kareena Kapoor
- Akshay Kumar
- Saif Ali Khan
- Amitabh Bachchan
- Farhan Akhtar
- Sunny Leone
- Hrithik Roshan
Sumber : mStar Online
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment