Nora Danish Terkejut Dengan Kontroversi Adi Putra

on Wednesday 11 September 2013


Pelakon cantik, Nora Danish mengakui agak terkejut dengan kontroversi hangat yang melanda pelakon popular, Adi Putra berhubung kes skandal dengan isteri orang, baru-baru ini.

Nora yang sebelum ini pernah digosipkan menjadi punca keretakkan rumah tangga Adi dengan isterinya, Aida memberitahu tidak percaya dengan isu tersebut dan berharap agar Adi tabah menghadapi kontroversi yang melanda dirinya.

"Saya tak nak komen lebih mengenai isu ini dan biarlah siasatan penuh dijalankan dahulu. Apa yang boleh saya katakan, secara peribadi, saya tak percaya dan agak terkejut apabila mengetahui mengenai isu ini.

Saya pernah juga mengalami situasi yang sama di mana saya difitnah oleh orang dan sudah tentu saya juga tidak mahu diganggu oleh sesiapa dan memerlukan masa bagi meredakan keadaan.

Kita tunggu saja siasatan dan sebagai orang yang sering berlakon bersama serta menganggap dia sebagai abang, saya ada menghantar SMS kepada dia dan isteri agar kuat untuk menghadapi dugaan yang datang," ujar Nora ketika ditemui pada majlis tayangan media filem terbarunya, 'Lagenda Budak Hostel' di e@Curve, pada Selasa.

Menyentuh mengenai wataknya dalam filem ini, Nora yang memegang watak sebagai Seroja memberitahu agak mencabar untuk membawa watak komedi dan juga sebagai budak sekolah lebih-lebih lagi dia sudah bergelar ibu kepada seorang anak.

Walaupun begitu, Nora mengakui tidak tertekan dan berasa seperti awet muda dan seronok membawa watak tersebut. Sebelum mengakhiri perbualan, pelakon drama 'Puteri' ini turut memberitahu akan menjalani penggambaran filem 'Pengantin Malam' bermula Ahad depan

Sumber : gua.com.my 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved