Neelofa yang superhot di kota cinta Paris

on Saturday 28 September 2013


Murai Batu sebenarnya punya habit melihat lihat gambar-gambar percutian rakan Murai Batu, lebih-lebih lagi apabila mereka sering kongsikan ia di laman sosial Instagram. Namun dalam sedang scrolled laman sosial tersebut itu menerusi telefon pintar, Murai Batu ternampak beberapa foto-foto menarik yang dikongsi pelakon dan pengacara Neelofa yang kelihatan seperti berada di Kota Paris.


Wah, lseronoklah Neelofa ya sebab dapat berada di kota cinta itu kan? Murai Batu lihat dia sempat berkongsi gambar-gambarnya di sana. Cantik sungguh pemandangan di Kota Paris itu, teringin pula Murai Batu hendak menjejakkan kaki ke sana.



Tapi, bikin apa pula pelakon cantik itu di Paris? Bekerjakah atau sekadar makan angin dengan Hans Issac? Ehh! ke situ pula ya Murai Batu hahaha. Belek punya belek, kelihatan seperti dia bukan ke sana atas dasar untuk bercuti sebaliknya seperti bekerja. Mana taknya, Neelofa kelihatan seperti berada di sana bersama-sama krew produksi.



Berlakon atau merakamkan program Nona? Murai Batu pun stalked lagilah lagi Instagram si Neelofa ni , memang itu pun keje Murai Batu kan? Haha rupanya memang benar Lofa buat rakaman Nona di sana untuk International Film Festival.

Seronok dan bertuahnya jadi Neelofa kan? Kerja sampai ke Paris lagi. Untunglah. Tapi kita juga tahu tanggungjawab menjadi pegacara pun bukan senang bukan? Harap semuanya berjalan dengan lancar.

Sumber : murai.com
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved