Nabila Huda Cedera Tulang Belakang Dan Leher

on Tuesday 10 September 2013

Umum mengetahui pelakon popular, Nabila Huda baru sahaja mengalami kemalangan di lebuhraya Karak bersama anaknya, Keisha Ahad lalu.


Sejak kemalangan tersebut berlaku, Nabila langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan beliau dilihat lebih selesa mendiamkan diri daripada membidas segala status yang dimuat naik oleh bekas suaminya, Eddie di laman sosial Twitter.

Akan tetapi, beberapa jam lalu Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil telah mula berkongsi sedikit sebanyak mengenai perkembangan terbaru dirinya, di mana dia dilihat lebih risau akan keselamatan anaknya berbanding diri sendiri.



Dalam pada itu, Nabila sempat berpesan kepada semua peminat agar tidak terlalu risau dengan kesihatannya, ini kerana dia hanya mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat selama tiga hari.

Sumber : kezoom.blogspot.com
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved