MISS WORLD MUSLIMAH 2013 DI JAKARTA INDONESIA

on Thursday, 19 September 2013

Miss World Muslimah diadakan di Jakarta semalam dan peserta dari Nigeria Obabiyi Aishah Ajibola dimahkotakan sebagai pemenang bagi pertandingan yang julung kali diadakan ini. Miss World Muslimah dianjurkan sebagai jawapan kepada Miss World yang akan diadakan di Bali. Ianya alternatif yang lebih"islamik" kepada Miss World. Sebanyak 20 orang muslimah dari 6 buah negara iaitu Indonesia, Malaysia, Nigeria, Brunei. Iran dan Bangladesh menyertai pertandingan yang akan diadakan setahun sekali. Kami tak tahu siapa yang mewakili Malaysia. Apa yang pasti tahun depan awek Islam yang diharamkan dari mewakili negara dalam Miss World mungkin boleh masuk Miss World Muslimah.

IN B4 "Ini masih lagi haram dari kaca mata Islam sebenar"



Sumber : NYDaily
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved