Sepatutnya awal bulan ini bakal berlangsungnya Konsert Jelajah 3 Permata membabitkan penyanyi bukan calang-calang, Misha Omar, Adibah Noor dan Jaclyn Victor.
Misha Omar nak saman siapa??
Namun, dikhabarkan konsert yang akan diadakan di enam buah negeri iaitu Sarawak, Sabah, Johor, Pahang, Kedah dan Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.
Menurut kenyataan di ruangan gosip Utusan menyebut, konsert itu dibatalkan sebab penganjur ada masalah. Malah dengarnya ada sedikit konflik yang berlaku di antara pihak penganjur dan artis.
Jadi apabila konsert itu batal, tak pasal-pasal jadual seni Misha juga Jac dan Adibah Noor turut terganggu. Mana nak cari ganti job yang ditolak sebelum ini untuk menampung kerugian sepanjang memberi komitmen dengan penganjur?
Atas dasar rasa tertipu, dengar cerita penyanyi Misha Omar nak saman penganjur konsert itu. Sebab Misha lebih terasa dirinya teraniaya. Banyak job yang ditolak semata-mata untuk memberi komitmen dengan pihak penganjur.
Kawan-kawan yang lain turut menyokong hasrat Misha. Sebab dengan cara itu artis boleh ajar pengajur yang tak pandai tepati janji. - MD
Sumber : http://www.malaysiandigest.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment