Mas, Airasia Masing-Masing Didenda Rm10j

on Monday 9 September 2013


Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia masing-masing dikenakan denda sebanyak RM10 juta kerana melanggar Akta Persaingan 2010 dalam perjanjian kerjasama antara dua syarikat terbabit.

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dalam satu kenyataan hari ini menyebut, kedua-dua syarikat itu melakukan kesalahan “perkongsian pasaran”, menurut akta tersebut.

“Perkongsian pasaran dianggap sebagai pelanggaran serius mengikut akta ini kerana dianggap mengandung tujuan untuk menghalang, mengehad, atau mengherotkan persaingan dalam apa-apa pasaran untuk barangan dan perkhidmatan,” kata pengerusi MyCC Siti Norma Yaakob.

“Apabila syarikat bersetuju untuk berkongsi pasaran, mereka bersetuju untuk berhenti bersaing sehingga menjejaskan pengguna,” katanya dalam satu kenyataan.

MAS, AirAsia dan AirAsia X pada 9 Ogos 2011 mengadakan perjanjian melibatkan pertukaran saham, dengan Khazanah Nasional Berhad memperolehi 10 peratus pegangan dalam AirAsia manakala Tune Air Sdn Bhd memperolehi 20.5 peratus saham dalam MAS.

Perjanjian pertukaran saham itu melanggar Seksyen Section 4(2)(b) akta tersebut, kata Siti Norma.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved