Johor Bahru - Seorang lelaki ditemui mati selepas terkena beberapa das tembakan dari jarak dekat dalam kejadian di Jalan Teratai 32, Taman Johor Jaya, di sini kelmarin.
Mayat K. Ahnand, 24, ditemui berlumuran darah di tempat duduk pemandu kereta Proton Perdana pada pukul 8.25 malam. Polis menemui empat kelongsong peluru jenis 9 milimeter manakala satu jenis Thai Arms dan satu lagi jenis WCC di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian itu.
"Satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk menjalankan siasatan lanjut. Kita masih menyiasat latar belakang mangsa," katanya yang enggan mendedahkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan kongsi gelap atau sebaliknya.
Sumber : Kosmo
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment