Jue Aziz Nafi Senyap Kerana Hamil, Bahagia Bersama Anak Angkat

on Friday, 20 September 2013

Agak lama menyepi daripada publisiti, nama Juliana Abdul Aziz, 30, atau Jue Aziz kembali menjadi sebutan sejak tersebarnya gambar aktres itu bersama seorang bayi lelaki.

Lantaran laman sosial miliknya dipenuhi gambar si kecil itu, timbul spekulasi berhubung kehadiran bayi comel dalam hidup Jue. 

Timbul pula cerita kononnya Jue ‘menghilangkan’ diri kerana mahu menyorokkan perutnya yang memboyot. Dihubungi HIP semalam, pelakon drama Lagenda Budak Setan ini seolah dapat meneka soalan yang ingin diaju. Jue mengucap panjang kerana keikhlasan untuk membela anak angkat dipertikaikan masyarakat.


“Saya bukanlah manusia kejam. Saya ada didikan agama. Takkanlah saya tergamak mengatakan zuriat sendiri sebagai anak angkat. Apa perasaan anak saya apabila besar kelak jika dia tahu perkara sebenar?

“Bayi itu adalah anak angkat yang saya bela sejak setahun lalu. Saya teringin memiliki zuriat sendiri, tetapi tuhan belum menemukan jodoh saya. Soal jodoh adalah ketentuanNya, saya tidak tahu bila impian untuk berumah tangga akan tercapai. Jadi saya buat keputusan untuk mengambil anak angkat,” katanya menjawab tuduhan jahat yang dilemparkan terhadapnya.

Jue berkata, dia kecewa keikhlasannya membesarkan anak angkat disalah erti masyarakat.

“Jahat sangatkah artis seperti saya hingga tidak layak untuk ambil anak angkat? Bila artis ambil anak angkat, macam-macam cerita orang buat. Lebih teruk ada yang tergamak menuduh itu zuriat saya sendiri di atas keterlanjuran yang dilakukan. 
“Saya hendak bertanya, adakah selama ini mereka nampak saya bersembunyi? Kalau betul saya mengandung, tentu cerita itu sudah tersebar luas. Secara logik, macam mana saya hendak sorokkan perut yang kian membesar sedangkan hari-hari saya berada di set penggambaran,” katanya.



Sumber : Berita Harian
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved