Gambar Black Mentor Bersama Tunangnya, Chira

on Monday, 2 September 2013

Tunang Black Mentor, Naquira Yasirah Mohd. Khairi, 28, yang mesra dipanggil Chira oleh Black bukan lagi rahsia yang perlu disimpan atau dipendam. Gambar mereka berdua kini kerap menghiasi Instagram Black Mentor.


"Sewaktu mula mengenali bakal isteri, dia sebenarnya tidak tahu yang saya seorang penyanyi. Dari situ saya tahu dia hanya mahu mengenali siapa Hanifah dan bukan Black.

"Secara jujurnya cinta kami ikhlas. Kami tidak pernah memandang status masing-masing. Bagi saya perkahwinan ini lebih kepada menerima siapa diri kami sebenar," katanya.



Alasan menghormati pandangan bakal isteri menjadi sebab mengapa Black tidak mahu terlalu terbuka berbicara soal perkahwinan sebelum ini.

"Melalui pengalaman pakciknya yang juga suami kepada Datin Paduka Umie Aida, saya pasti dia sudah tahu bagaimana untuk berada dalam industri ini.

"Saya hanya mengenali dia dua bulan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin, bagi saya ini jodoh," katanya tersenyum.

 
Bercerita mengenai hari bahagiannya, menurut Black, semuanya akan berlangsung selama tiga hari bermula 13 September sehingga 15 September.

"Pada 13 September saya akan bernikah. Selepas itu sebuah majlis resepsi akan diadakan. Majlis nikah dan resepsi akan berlangsung di Zebra Square, Kampung Pandan. Manakala sebuah jamuan keraian akan diadakan pada 15 September di Padang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi untuk peminat dan penduduk di kawasan itu.

"Soal berapa kos perkahwinan ini saya tidak mahu sentuh. Biarlah pihak saya sahaja yang tahu. Bagaimanapun saya berusaha keras untuk mencari wang agar perkahwinan ini dapat berlangsung dengan jayanya," katanya.





Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved