Benar kata pepatah lama kalau sudah jodoh, tidak lari gunung di’kejar, eh. Begitulah ungkapan sebenar yang boleh disimpul buat pasangan Fizz Fairuz dan Almy Nadia.
Setelah mengharung pelbagai dugaan dalam perhubungan mereka sebelum ini, akhirnya Fizz Fairuz dan Almy Nadia kembali bersama seterusnya melupakan kisah lama.
Bercakap kepada media siang tadi di bootcamp Liga Lawak Superstar di Hulu Langat, Fizz Fairuz telah pun memutuskan untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Almy tahun hadapan.
Fizz telah membawa Almy bertemu ibunya minggu lalu. Malah selepas ini perjumpaan akan lebih kerap berlaku untuk berbincang mengenai persiapan perkahwinan mereka. Setakat ini Fizz belum lagi berjumpa keluarga Almy. Namun Fizz telah merancang akan ke Pulau Pinang juga untuk bertemu keluarga bakal mertuanya itu.
Fizz lebih selesa memilih untuk terus bernikah tanpa mengikat tali pertunangan terlebih dahulu.
“Taknak dah tunggu lama-lama. Saya tak mahu pisang berbuah banyak kali. Jadi saya ambil keputusan untuk berkahwin dan InshaAllah secepat mungkin, tahun depan. Tapi sebelum tu saya nak lepaskan majlis adik saya terlebih dahulu”
Bagi Fizz, hubungan selama 7 tahun cukup untuknya mengenali Almy.
Walaubagaimanapun, disebalik berita gembira yang dikongsi pasangan ini, ada juga mulut segelintir yang kurang senang dengan keputusan mereka untuk kembali bersama.
Ada yang melabel pasangan ini seperti sudah ludah yang dijilat semula.
“Inilah yang dinamakan jodoh. Jodoh saya kembali dengan Almy. Dah 7 tahun kami berkawan. Bagi saya, Almy cukup lengkap pakej sebagai seorang isteri. Lepas kahwin nanti duduk rumah, setiap hari Almy masak untuk saya,” ujar Fizz Fairuz lagi.
Sumber : rotikaya
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment