Cha Cha Maembong Bercinta Denga Iqwal Hafiz

on Saturday 28 September 2013

Hubungan mesra diantara Cha Cha Maembong dengan penyanyi tempatan yang kurang popular Iqwal Hafiz sudah lama kami perhatikan, Cuma baru baru ini apabila Iqwal melawat Cha Cha di hospital seperti sudah dapat mengesahkan yang mereka berdua mempunyai satu hubungan yang istimewa.


Hal ini disahkan lagi sewaktu Iqwal yang kami temui di Cherating Pahang sempena Cuti Cuti Sahabat Media (CCSM) sendiri mengakui yang diantara dia dan juga Cha Cha kini memang berkawan rapat. Cha cha yang sepatutnya hadir di Majlis ini bagaimanapun tidak dapat turut serta kerana dikhabarkan terikat dengan jadual pengambaran.

Kami yakin tidak ada yang mengenali siapa Iqwal begitu juga kami, cuma apabila diberitahu oleh salah seorang yang mengenali iqwal barulah kami ambil tahu dan sentiasa mengikuti perkembangan anak muda ini terutamanya hubungan mesranya dengan Cha Cha.


Jelas Iqwal “kami memang kenal antara satu sama lain tapi tidaklah sampai peringkat bercinta lagi, Kami masih cuba mengenali hati masing masing. Lagipun tak salah kalau saya berkawan rapat dengan Cha Cha sebab saya pun masih single begitu juga dengan Cha Cha”

“Saya sedar saya tidak dikenali di Malaysia walaupun sudah ada 3 buah album. Bagaimanapun saya sudah bersedia dengan pelbagai persoalan dan jawapan andaikata isu saya berkawan dengan Cha Cha ini menjadi perhatian ramai.” 

“Saya pun sudah bersedia menerima kritikan jika ada yang menganggap saya rapat dengan Cha Cha sebab mahu menumpang populariti dia. Bagi saya semua ini asam garam bagi dunia artis. Apa yang boleh saya katakan saya memang selesa setiap kali kami berjumpa. Family saya pun sudah kenal dengan Cha Cha ”



Sumber : Buahmulut.Com


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved