Bumbung Masjid Runtuh Lagi di Terengganu

on Monday, 30 September 2013

Menerusi akhbar myMetro hari ini melaporkan terdapat kejadian bumbung masjid runtuh di Kuala Terengganu.

Bumbung di bahagian ruang legar Masjid Tebauk, Bukit Tunggal, di sini dilaporkan runtuh kira-kira jam 4 pagi tadi.


Namun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan sehingga kini punca kejadian masih lagi disiasat.

Menurut seorang jemaah, dia terkejut apabila mendapati siling bumbung masjid tersebut runtuh ketika ingin menunaikan solat subuh jam 5 pagi tadi.

Kata beliau lagi, jemaah masjid pagi tadi, terpaksa menunaikan solat Subuh dalam keadaan gelap kerana bimbang berlaku masalah elektrik.

Masjid berharga RM5.6 juta dibina pada Januari lalu di bawah pengawasan Jabatan Kerja Raya.

Runtuhan bumbung masjid ini adalah yang kedua berlaku di negeri ini selepas Masjid Binjai Kertas, Telemong, Hulu Terengganu runtuh pada 20 Mei lalu.

Dibawah adalah gambar bumbung masjid runtuh di Terengganu.










Sumber - Mymetro
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved