Bayi Maut Ditimpa TV

on Saturday 14 September 2013

Seorang bayi perempuan yang berusia lapan bulan maut dipercayai kepalanya cedera parah selepas dihempap televisyen 29 inci di sebuah pusat asuhan kanak-kanak.

Mangsa dibawa oleh ayah mangsa

Gombak: Seorang bayi perempuan maut selepas kepalanya dipercayai dihempap televisyen berukuran 29 inci (73.6 sentimeter) di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Taman Bersatu, Rawang, dekat sini, semalam.

Mangsa, Rabiatul Adawiyah Adlan Zulkarnain yang berusia setahun lapan bulan dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang akibat parah di kepala.

Berikutan itu, bapanya Adlan Zulkarnain Mustafa, 40, membuat laporan di Balai Polis Rawang.

Menceritakan kejadian itu Adlan berkata, dia menghantar mangsa bersama seorang lagi anak perempuannya berusia empat tahun ke pusat asuhan terbabit jam 6.20 pagi sebelum dia ke tempat kerja di sebuah bank di Kuala Lumpur.


“Bagaimanapun, 10 minit kemudian saya menerima panggilan telefon daripada pengasuh itu memberitahu kepala anak saya dihempap televisyen.

Sumber : Harian Metro


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved