Saiful Apek Dan Rakan Bebas Dari Tuduhan Ganja

on Monday, 30 September 2013

Saiful Apek hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memasukkan ganja dalam badan, tiga tahun lalu.


Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid turut membuat keputusan yang sama terhadap tiga lagi rakan tertuduh iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28.

Gambar Rozita Che Wan Semasa Majlis Merisiknya


Semalam berlangsungnya satu majlis merisik janda panas idaman ramai,Rozita Che Wan bertempat di Carcosa Seri Negara,Kuala Lumpur.

Menurut maklumat yang diperolehi,majlis ini cuma dihadiri kira-kira 50 orang ahli keluarga terdekat kedua-dua bakal mempelai.Rozita Che Wan dan bakal suaminya,Zain Saidin dikatakan bakal melangsungkan hari bersejarah mereka selewat-lewatnya pada hujung tahun ini.

Pada majlis merisik ini,dikatakan Che ta menerima sebentuk cincin merisik berwarna emas putih yang tersemat manis di jari manis ibu tunggal dua anak itu.








Tubuh bogel Model cantik hanya di tutup dengan Lukisan


Para model tampil dengan aneka lukisan unik di acara International Contest of Hairdressers, Nail & Body Art Designers.


Seniman sedang menyelesaikan lukisan di tubuh seorang model yang berpenampilan kostum naga saat sebelum acara International Contest of Hairdressers, Nail & Body Art Designers.


Seniman tampak sedang melukis tubuh seorang model sebelum acara International Contest of Hairdressers, Nail & Body Art Designers.


Seorang model memaparkan kreasi seni lukisan tubuh di wajahnya.

Seorang model memperlihatkan lukisan Dewa Ganesha di tubuhnya saat acara International Contest of Hairdressers, Nail & Body Art Designers.


Seorang model berpose saat tampil acara International Contest of Hairdressers, Nail 7 Body Art Designers.


Seorang model berpenampilan dengan gaya sotong saat tampil acara International Contest of Hairdressers, Nail & Body Art Designers.


Seorang model memperlihatkan kreasi seni lukis di tubuhnya saat acara International Contest of Hairdressers, Nail & Body Art Designers


Sumber : merdeka.com

Inikah gambar kekasih baru Awi Rafael?


Inikah gambar kekasih baru Awi Rafael - Nampaknya, kisah cinta antara Awi Rafael dan Hanez Suraya yang putus di tengah jalan semakin dilupakan manakala gosip liar mengaitkan dirinya dengan Shila Amzah juga turut tidak kedengaran lagi.

Masa terus berlalu tanpa berita tup-tup nama penyanyi Awi Rafael kembali menjadi sebutan apabila sekeping gambar mesranya dengan seorang wanita jelita telah tersebar di laman maya hasil perkongsian blogger aiskosong.

Admin cukup teruja dan terkejut, cepat benar aktor kacak ini menemui pengganti. Apapun, jika benarlah wanita itu adalah kekasihnya, admin ucapkan tahniah. Bukan susah pun nak cari pengganti yang lebih jelita dan bukan dari golongan artis.

Khabarnya, wanita dalam gambar itu dikenali dengan nama Sarah Anne. Menerusi laman sosial Awi, ramai peminat memuji kecantikan Sarah.

Google Malaysia, bukan pejabat syarikat biasa


Banyak syarikat melabur jutaan ringgit bagi promosi, pemasaran dan penyelidikan tetapi banyak juga yang terlupa, aset paling penting dalam sesuatu perniagaan adalah kakitangan syarikat itu sendiri.

Menyedari hakikat itu, Google, syarikat gergasi internet berpusat di Amerika Syarikat meletakkan kegembiraan pekerja mereka sebagai fokus utama.

Pengarah Google Malaysia Sajith Sivanandan berkata, kejayaan Google hari ini adalah kerana budaya syarikat itu yang memberi penekanan kepada pekerjanya.

"Google ada beberapa prinsip untuk pastikan kami sentiasa keluarkan produk baru yang inovatif.

"Antaranya, jurutera Google diberi lesen untuk mengejar impian mereka dengan mengambil 20 peratus daripada masa kerja untuk tumpu kepada projek sampingan sendiri yang boleh beri manfaat kepada syarikat dan pengguna," katanya dalam taklimat semasa lawatan media ke pejabat baru Google Malaysia di Quill 7, KL Sentral, baru-baru ini.

Sajith berkata, antara produk yang lahir daripada projek sampingan itu adalah Google Mail dan Google Now.

Kebebasan penting dalam bekerja
Google yang kini mencecah usia 15 tahun bukan seperti syarikat lain dan cara pemilihan pekerjanya juga membuktikan hakikat itu.

“Bila mencari bakat baru, kami nak tahu sama ada mereka ada keinginan untuk buat perubahan tapi dalam masa sama tahu bagaimana untuk bergembira," katanya.

Menurut Sajith, pelaburan yang dibuat Google di pejabatnya menunjukkan betapa pekerja adalah aset penting kepada syarikat itu.

Antara kemudahan utama di pejabat Google Malaysia adalah Gerai Gugel yang menyediakan makanan percuma untuk pekerja dan bilik permainan untuk pekerja bergembira dan menghilangkan tekanan.


Bilik permainan dan kerusi urut turut disediakan untuk menghilangkan tekanan kerja.


“Kami tak anggap, contohnya, penyediaan makanan percuma kepada pekerja sebagai kos tetapi ianya adalah pelaburan kerana semua orang tahu makanan yang baik boleh menaikkan moral pekerja,” katanya.


Google menyediakan makanan percuma sepanjang hari untuk pekerjanya di kafeteria yang dinamakan Gerai Gugel.

Keistimewaan diberikan Google kepada pekerjanya ternyata memberi pulangan baik apabila syarikat itu berjaya melakukan pelbagai perkara yang sebelum ini dianggap mustahil, seperti projek kereta tanpa pemandu Google dan siaran langsung penerjunan payung terjun dari angkasa di YouTube pada 2012.

“Jika anda beri kebebasan kepada orang lain, mereka akan tunjukkan kuasa luar biasa,” katanya.

Pejabat direka khas untuk naikkan produktiviti
Meletakkan keseronokan dan keselesaan pekerja sebagai perkara utama, pejabat Google Malaysia mengambil masa beberapa bulan untuk rekaan serta maklum balas sebelum ianya mula diubahsuai bagi menepati prinsip kerja Google.

Sajith berkata, reka bentuk semua pejabat Google telah dibuktikan melalui kajian boleh meningkatkan produktiviti pekerja.

Google membuka pejabat di Malaysia secara rasmi pada Januari 2011 sebelum berpindah ke lokasi baru tersebut, bulan lalu.

Beberapa bilik di pejabat Google Malaysia turut dinamakan dengan nama tempatan seperti Nasi Lemak, Ikan Bilis dan Rilek Ah.

Walaupun dibina dengan unsur tempatan, pejabat Google Malaysia tetap mengikut prinsip Google di seluruh dunia seperti ruang terbuka tanpa banyak dinding dan aliran tenaga yang bebas.

Menurut Sajith, pekerja juga diberi kebebasan dari segi masa bekerja kerana apa yang penting bagi syarikat itu adalah hasil kerja dan bukan tempoh waktu bekerja.



Pejabat Google Malaysia di KL Sentral direka dengan unsur tempatan tetapi mengekalkan prinsip utama syarikat itu yang memberi penekanan kepada kegembiraan pekerja.

Namun, di sebalik cara kerja fleksibel, Sajith menekankan, syarikat itu mempunyai budaya pencapaian tinggi dalam bekerja.

“Selepas 15 tahun beroperasi, Google mencatat perolehan US$14.11 bilion (RM45.52 bilion) bagi suku kedua tahun ini, peningkatan 19 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Pencapaian mengagumkan ini hanya berlaku kerana budaya kerja kami yang unik,” katanya.


Sumber : Sinar Harian

Tempat Ini Pernah Di Iktiraf 'Penduduk Paling Padat Di Dunia

 

Dikenali kerana peredaran dadah dan jenayah, bandar Kowloon Walled City di Hongkong pernah menjadi salah satu tempat dengan penduduk paling padat di dunia.

Lebih daripada 50,000 orang tinggal dalam 300 bangunan yang bersambung antara satu sama lain dengan keadaan yang kurang sihat.

Jurugambar Greg Girard dan Ian Lambot menghabiskan masa lima tahun tinggal di Walled City dan mendokumentasikan kehidupan penduduknya. Walaupun bandar itu telah dipindahkan dan diruntuhkan pada tahun 1992, foto-foto yang luar biasa memberikan wawasan yang jelas dalam kehidupan sehari-harian dalam tembok kota.














Sumber  : dairishare

Lelaki Ini Ingin Bawa Bersama Kekayaannya Ketika Mati


Sao Paolo: Seorang usahawan kaya raya “Count Scarpa” menanam hartanya yang paling hebat iaitu sebuah kereta Bentley berharga £310,000 (RM1.5 juta) untuk memudahkan urusannya selepas dia mati kelak.

Dalam pengumuman di laman Facebooknya, lelaki berusia 62 tahun itu mengisytiharkan dia bercadang untuk meniru perbuatan Firaun dengan membawa bersama kekayaannya apabila mati kelak.

21/9/2013, dia akan menanam kereta Bentley Continental barunya bagi memastikan dia selesa dalam perjalanannya selepas mati.Upacara itu dijadual berlangsung jam 11 pagi.

Dalam foto di rangkaian sosialnya, Count Scarpa dilihat berdiri di sebelah kenderaan berwarna hitam itu, model terbaru di pasaran dengan seekor burung kakak tua di lengannya dan menulis: “Saya mengisytiharkan untuk meniru perbuatan Firaun; minggu ini saya akan menanam kereta kegemaran saya, Bentley ini di taman dekat rumah saya! Tanam harta berhampiran istana saya!”





Count Scarpa berkata, dia menggali kubur itu dekat taman di belakang rumah agamnya di Jardins, satu daripada kawasan kejiranan golongan mewah di Sao Paolo.

Pada Selasa, dalam satu lagi foto, dia yang memakai tali leher merah jambu dan memegang penyodok berdiri di depan lubang yang dalam dengan kereta Bentley berkilat miliknya diletakkan di belakangnya.

Dia menulis: “Kepada mereka yang meragui saya, semalam saya sudah mula menggali lubang di taman untuk menanam Bentley saya! Hujung minggu ini, saya akan menanamnya.”

Ahli perniagaan itu yang mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi dan juga jurulatih tali pinggang hitam serta pemilik Institut Aikido Maruyama, akademi seni pertahanan diri Jepun menjelaskan yang keputusannya untuk menanam harta bagi kemudahan selepas mati dibuat selepas menonton program Mesir purba minggu lalu.

“Saya menonton dokumentari mengenai Firaun yang sangat menarik. Mereka menanam semua harta untuk memperoleh kehidupan selesa selepas mati,” katanya.

Pada hari berikutannya, keputusan Count Scarpa untuk menanam kereta Bentley menerima lebih 5,680 like dan dikongsi lebih 6,000 orang. - AFP

GAMBAR MALAM FINAL MISS WORLD 2013 - Part 2




































Sumber : Miss World Fb Page
 
© INFO SANTAI All Rights Reserved