GEORGIA – Asha Mandela adalah Rapunzel yang sebenarnya. Dengan rambut sepanjang 55 kaki, dia kini memegang rekod individu Guinness World Record yang mempunyai rambut ala simpul mati (dreadlock) paling panjang di dunia.
Meskipun doktor memberi amaran kepadanya bahawa rambutnya yang seberat 19 kilogram itu boleh menyebabkan dia lumpuh, namun Asha, 47, enggan memotongnya, kerana ia akan menyebabkan dia kelihatan seperti zombie.
``Doktor meminta saya mempertimbangkan untuk memotong rambut atas sebab kesihatan termasuk risiko jangkitan kuman. Namun kebimbangan utama adalah saya mungkin menjadi lumpuh,’’ katanya.
Ini kerana, jelas Asha tulang belakangnya akan menjadi bengkok disebabkan terpaksa menahan rambut yang berat ini.
``Rambut saya ini sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan saya dan saya tidak sesekali akan memotongnya,’’ kata ibu kepada seorang anak itu.
Asha yang dilahirkan di Trinidad dan Tobago itu mula menyimpan rambut sejak dia berusia 25 tahun atas sebab-sebab kerohanian.
Dia menyifatkan rambutnya itu sebagai `anaknya’ dan berterima kasih kepadanya kerana membantu dia mengatasi kanser, dua serangan angin ahmar dan dua serangan jantung.
Rambutnya itu mengambil masa selama dua hari untuk dibasuh dan dikeringkan.
Ia akan menjadi bertambah berat sekiranya rambut tersebut basah.
Rambutnya yang panjang itu juga senang terperangkap di celah pintu serta tersangkut pada ranting pokok.
Bagaimanapun apa yang membimbangkan Asha ialah jika ada orang yang meminati rambutnya, akan memotong rambut tersebut tanpa disedari olehnya.
Dalam pada itu, anak Asha, Zion yang berusia 11 tahun berkata, rambut tersebut telah membantu ibunya untuk menikmati semula kehidupan terutama selepas dua kali bercerai.
Sumber: www.blogbahni.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment