Rasanya masih ramai yang mengingati penyanyi kacak kelahiran Akademi Fantasia 1, Vincent chong atau lebih dikenali dengan panggilan Vince. Sekian lama menyepi dari dunia hiburan, Vince mendedahkan dia bakal berkahwin pada Mac tahun hadapan.
Difahamkan, bakal isterinya itu merupakan seorang pramugari di syarikat penerbangan Malaysia Airline System (MAS) iaitu Fiona Edward dan majlis perkahwinannya akan diadakan di sebuah taman di Janda Baik.
“Saya akan melangsungkan perkahwinan pada Mac tahun depan, namun tarikh sebenar nanti saya beritahu kemudian kerana masih dalam perbincangan.
“Setakat ini kami merancang untuk mengadakan majlis secara sederhana bersama keluarga terdekat dan rakan-rakan dalam suasana taman dan alam semula jadi,” katanya.
Tambah Vince, dia memilih tempat tersebut kerana sesuai dengan jiwanya yang gemar akan alam semulajadi yang mendamaikan.
Katanya lagi, segala persiapan hari bahagianya itu diuruskan oleh pihak keluarga masing-masing.
Vince dan Fiona telah bertunang pada 30 September tahun lalu di Bali, Indonesia.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment