Semalam Ustaz Kazim Elias dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan bagi menyembuhkan penyakit beliau (gambar di atas). Sudah tentu ramai peminat Ustaz Kazim yang risau akan keadaan ini.
Alhamdullilah pembedahan berjalan lancar.
Selepas pembedahan, peminat Ustaz Kazim dimaklumkan bahawa Ustaz Kazim selamat cuma mengambil masa untuk sembuh akibat dari pembedahan yang dilakukan.
Sama-samalah kita berdoa supaya Ustaz Kazim cepat sembuh dan kembali berdakwah untuk mengembangkan syiar Islam di Malaysia.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment